Makkah Yang Kurindui

Alhamdulillah...ke atas nikmat yg di kurniakan ALLAH ke atas hambaNya yg lemah ini..Kesempatan menunaikan haji pada musim yg lalu merupakan satu "hadiah" yg cukup bermakna dalam hidup. Sebagai hambaNya, aku hanya mampu mengucapkan pujian & syukur...

Wahai Tuhan, sesungguhnya aku tak layak menjejakkan kaki ku ke Tanah HaramMU...diriku ini yang penuh terpalit 'lumpur kotor' mampukah untuk aku bersihkan??? Tapi Maha Suci Allah Yang Esa...sekotor mana pun insan ini..Kau tetap menerimanya...

Perancangan untuk menunaikan telah dibuat sejak 2003 lagi...apabila mendaftar di TH sepatutnya aku pergi pada tahun 2012....tapi atas rayuan disebabkan ketiadaan muhrim, dapatlah aku pergi bersama abang & kakak ipar.

Sebenarnya setahun sebelum aku melaksanakan haji, sudah dua kali aku bermimpikan Masjidil Haram & Kaabah...dan apabila menjejakkkan kaki kali pertama MH, hati berdebar2...bila melihat tiang2 masjid..hati berkata2, "Ya Allah, sama macam mimpi aku"..."Ya Allah, kenapa Kau pilih aku, walaupun Kau tahu, aku tidak layak untuk semua ini????"

Apabila terpandangkan Kaabah...sememangnya sayu & hiba...akhirnya, aku melihatmu dalam usiaku yang masih muda ini...syukur alhamdulillah...

Sememangnya apabila berada di Tanah Suci Makkah, segala urusan dipermudahkan...alhamdulillah, segalanya berjalan lancar termasuk semasa mengerjakan wukuf & melontar...walau pun masalah tandas & bilik air sesuatu yang merisaukan, segalanya dapat ditangani dengan izinNya...sesungguhnya pengalaman selalu mengikuti "camping" banyak membantu semasa berada di Arafah & Mina...

Madinah...satu kota yang tenang, aman & damai...bersemadinya jasad Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w...walaupun hanya mampu memandang Kubah Hijau (perempuan tak dibenarkan masuk kawasan makam)...itu sudah cukup membuatkan perasaan hiba & sayu...Kesempatan masuk ke Raudah juga satu nikmat yang Allah beri terhadap hambaNya ini.(bukan senang nak dapat solat & berdoa di situ masa musim haji)

Kini dah hampir 3 bulan Tanah Haram ditinggalkan, macam orang kata, mesti rindu & nak pergi lagi ke sana...Memang betul...ntah kenapa hati meronta2 nak ke sana..dalam kepala asyik teringatkan MH, Kaabah,Masjid Nabawi & suasana kat sana...Dan hari2 jugak aku menlayari internet mencari maklumat mengenainya...

Akhirnya terjumpa dengan PDKM (Pengalaman Di Kota Makkah)..oleh bloggernya En Manzlie...beliau bekerja di Hotel Safwah...sebuah hotel yang terletak betul2 di pintu no 1 MH...hotel mewah tu...hari2 beliau berpeluang melihat MH & Kaabah serta solat disana...sungguh bertuahnya dia...Setiap hari juga beliau akan uploadkan gambar2 disana untuk tatapan semua...terima kasih CL...hanya Allah yang mempu membalas semua jasa baik CL...